Pages

Sunday, December 19, 2010

Sengal

Baru je balik bercuti2an di Pulau Pinang....xde benda sgt nak update pun sebab Penang kan,ektibiti harian yg bule dicitekan cumalah jalan2 carik makan je laa..tp 2 hari kat sana tak sempat nak pegi melantak KoolCha same beratur kat Kedai Nasik Bratoq kat Jalan Kapitan Keling sana nuh...takpe lenkali gua pegi gua akan pastikan 2 benda ni wa pergi lawat dulu..hua hua hua :)):))

sebelum itu,jom menyengal bersama men game inih...tgk korang bape jauh korang leh jalan...moh le acu cube trai dulu....click je kat gambo tuh


Selamat Mencuba :D:D

Thursday, December 16, 2010

Pledge - The Gazette

2010.12.15...The GazettE latest single is now released kyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa >.< (poyo kan dak ni ngalahkan fangirls..)
















Listing track yang ada tuk single ini adalah seperti berikut :-

PLEDGE -Optical Impression- A

Disc one
  1. "PLEDGE"
  2. "THE TRUE MURDEROUS INTENT"
Disc two (DVD)
  1. "PLEDGE- Music Clip + Making"

PLEDGE -Optical Impression- B

Disc one
  1. "PLEDGE"
  2. "THE TRUE MURDEROUS INTENT"
Disc two - TOUR10 NAMELESS LIBERTY SIX BULLETS-01- 2010.7.22 at Nippon Budokan (3 songs)" (DVD)
  1. "SHIVER"
  2. "DISCHARGE"
  3. "SWALLOWTAIL ON THE DEATH VALLEY"

 PLEDGE -Auditory Impression-

  1. "PLEDGE"
  2. "THE TRUE MURDEROUS INTENT"
  3. "VOICELESS FEAR"
Sila la enjoy lagu mereka di bawah ini. Support them by getting the original CD yay...

Hak Perokok


BETULKAH PEROKOK JUGA ADA HAK?

Ya ! Hak Untuk Mengetahui Hakikat Sebenar Di Sebalik Harga Sebatang Rokok .

Dengan membayar 50 sen untuk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan :

24 sen untuk cukai hasil tembakau
14 sen untuk keuntungan pengilang rokok
5 sen untuk peruncit
1 sen untuk keuntungan pemborong/pengedar rokok
1 sen untuk dinikmati penanam/pengawit rokok
Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah 5 sen !


Setiap rokok yang dihisap , anda sebenarnya MENGHADIAHKAN diri dengan :

20 kali lebih risiko kanser paru-paru
10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru
10 kali lebih padah saluran darah tersumbat
4 kali lebih ancaman serangan jantung
2 kali lebih risiko serangan strok
50% risiko kematian akibat tabiat merokok
Paling utama , anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda .

BERHENTI SEBELUM TERLAMBAT
info ini dibawakan khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tuesday, December 14, 2010

Hantu Mak Limah Dah Balik Daaa.....

Ok, semalam aku pegi melayan movie ni bersame2 cik Siti Noyu ngan Incik Aggresive :-

     
Hantu Kak Limah Balik Rumah 

Title : Hantu Kak Limah Balik Rumah
Terbitan : Tayangan Unggul Sdn Bhd
Arahan : Mamat Khalid
Lakonan : Awie, Delimawati, Ummi Nazeera, Johan Raja Lawak dan ramai lagi


Ok sinopsis dia lebey kurang camni laa,Husin pulang kembali ke Kg Pisang setelah berada lama di Singapura. Sepulangannya beliau di kampung, beliau mendapati jirannya , Kak Limah berkelakuan pelik di mana jirannya tersebut tidak bercakap mahupun tidur. Oleh kerana kepelikan Kak Limah,Husin memberitahu penduduk2 kampung tentang keadaan tersebut, dan penduduk kg kemudiannya beranggapan bahawa Kak Limah adalah hantu.Pak Abu mencadangkan siasatan dilakukan,tetapi setibanya ke rumah Kak Limah, mereka menjumpai bangkai mayat yg telah reput. Setelah itu pelbagai kejadian aneh telah berlaku di Kg Pisang.


Ok la cite ni lebih kurang je macam Zombi Kg Pisang dulu2, dan sememangnya adalah kesinambungan movie tersebut.Pada pendapat personal aku, cite ni agak biasa2,nak kata cite seram,x seram pun,nak kata lawak pun,xde la sangat, cuma ada a few scene yang boleh ketawa,macam babak berlari,yg awal2 aku rasa agak lawak,tp bila dah ulang2 jd boring gak,yang lain2 aku cuma leh sengih atau senyum je la, xde la nak gelak2 smp sakit perut cam org lain yg dah tgk cite ni kata...tak tau la sama ada aku ni xde sense of humor ataupun lawak yg aku paham berada di peringkat lain.Walaubagaimanapun, there's still to be enjoyed in the movie. Byk unsur2 sinikal yg Mamat letak dlm movie ini,mcm kepercayaan org2 kite kat benda2 tahyul ni,bomoh antu pawang smer laa yg berlaku dlm masyarakat kita ni. The movie was quite ok,and entertaining,tp pada aku it's just movie biasa2(Ngangkung lg baik pada pendapat aku) untuk bersantai dgn kawan2 or family.Tapi apa2 pun, cite Mamat Khalid ni at least lg baik daripada cite Sparuh Alam yang aku tak tau dah bape juta dah kutipan cite tersebut.

So,kepada yg lom tgk lagi,bole la ke wayang melayan cite ni. Taknak bagi rating pun movie ni,just nak btau je apa yg aku rasa time tgk movie ni..kalau nak rate pun maybe i'll give it around 3.8 out of 5. huhuhuhu....

Babai...

Monday, December 13, 2010

Annual Dinner 2010 - Great Eastern

Salam,

11 Disember 2010, ari Sabtu lepas ofis aku ade wat annual dinner besar-besaran sempena menyambut..err..menyambut ape ek...ekeke, aku pun lupa la plak,tp salah satu acara time dinner tu sudah semestinya majlis pelancaran Great Eastern Takaful yg baru je launching kat KL Jumaat lepas.

Gambar Ihsan Berita Harian
Tuk gambo kat atas tu,citer sepenuhnya kat sini.

Biasanya majlis2 dinner ni aku agak kureng skit disebabkan protokol2 yg agak membebankan. Haku frankly speaking bukanlah org yg suke terikat ngan sesuatu,jd bile majlis2 camni,aku mmg agak keberatan nak pegi. Tp disebabkan nama pun dah up the list,tak pegi kena bayar,jd nak tanak kene pegi gak laa...dah la wat kat KL Convention Centre tuh,berlapik plak ngan PIKOM pnye fair,abih mmg parking dah out dah la..nasib geng2 aku dah tempah driver berkaliber tuk antar kitorang pegi balik dinner nih so takde la nak kalut pasal parking ngan tiket smer.

Majlis protokol cam biasa la,org beso masuk,org beso bg ucapan,bla bla bla...sib baik the entertainment part is great.Malam tu jugak kitorang ada menjemput pengacara undangan, Ean & J.J dari Hitz.fm, and there is a contest held kiranya macam MTV award la,berlakon balik video2 clip MTV yg popular. The theme that nite aku tak tau la geng2 performance ni pakat2 ke ape tp smer stok wat crossdressing,ye laki jd pompuan, dan pompuan jd laki...dan sebab geng2 crossdress nih aku smp skang takleh buang lagu dan imej ni kat kepala aku..miahahaha



Salah satu aksi lakonan dari contestant....korang lau tgk video ni,agak2 korang leh bayangkan tak contestant yg lakonkan balik aksi nih camne X_X

Well,cakap byk tak guna gak kan...so i just upload a few pics for viewers :-

Anwar Zain,amik dari jauh je,penuh depan kene serbu ngan gadis2..jeles btol akuh

Para hakim yg diundang khas tuk menjurikan MTV award,gambo snap kat skrin beso je,meja jauh dari stage.

J.J from Hitz.fm

Ean from Hitz.fm

Dapat gak bergambo ngan 2 ekor antu nih :)):))

Saturday, December 11, 2010

Gran Turismo 5






Salam,

Hari ni aku nak review pasal game kat atas ni,ye tak lain tak bukan Gran Turismo 5, the real driving simulator la org cakap. Ni antara game yg aku tunggu bertahun2 gak la,dan akhirnya pada 25.11.2010 yg lepas,aku berjaya mendapatkan 1 copy,limited edition punya ade la dlm RM 200++ gak la satu mende alah ni,dpt set guidebook,model kereta Nissan GT-R 1:100 skala ngan game nih,termasuk juga kad tuk redeem keter2 custom made dlm game GT5 ni nanti.

Game ni paling byk skali delay dalam masa nak kuar kat pasaran, as per kata game designer dia Kazunori Yamauchi,dia nak pastikan yg game ni memberikan satu driving exp yg perfect,which is personally to me,yes marvellous..berbaloi tunggu delay.

Sebelum review, sedikit pratonton..










Graphic - Memang mantap. segala detail,jalan tar, dirt track, snow track, efek hujan ngan salji,mmg terbaik. Kalo leh layan ngan tv 3D aku rase tak berganjak dah kot melayan keindahan alam sambil berlumba. Every detail mmg dia wat dengan baik skali,dari background,damage detail bukan stakat luaran,abis ke enjin2 dia bawak,jenuh nak merepair balik damage2 tu smer sbb benda tu kekal setiap race smp ler korang repair.Model kereta,semuanya perfect. Dan lagi satu,perspektif baru tuk driver2 kereta sekelian, view from the vehicle's cockpit itself..mcm kat gambar bawah ni..mau tak teruja..smer detail,sebijik mcm the real car.



How it looks like from inside the car. Gambar ihsan IGN.com


Rating : 5 out of 5.

Gameplay - Mcm GT yg lain2 gak,jalan cite dia sama je. Dia bagi ko credit,beli la kete tuk lumba,then from then teruskan perjuangan berlumba. Tapi tuk GT5 ni,ada sistem baru,sistem Leveling,cam RPG gak la. Player start ngan level 0, kereta pun limited gak, sebab sistem beli kereta kena ikut level player ngan duit Credit yg korang ada. lagi tggi level korang,lg best2 kereta yg korang leh beli,mengikut kemampuan. Kereta leh tune mengikut citarasa korang, mcm dulu2 gak la same je. Lagi satu penambahan, sistem A-spec & B-spec yg dibawa dari GT4. A-spec ni, player kita sendiri la yg kawal,lumba kereta tu. B-Spec ni lak,ada driver tolong bawakkan,korang dok tepi bg instruction je. Senang kan? tak jugak,sebab driver korang ni ada perangai mcm haram gak sekor2 tu,ada yg angin temper cepat,bila dah temper bawak keter kalut..even cc tinggi pun leh terbabas gak..macam haram kena pandai2 la nak handle. Ada byk mode racing, Go-Kart racing, Nascar racing, Tour round the world, Drift, Elimination, World Rally Championship,Endurance race antara yg ada dlm game ni. So dengan over 1000++ kereta tuk beli...cuci mata la korang... Boring men sorang2? ajak la member main,takpun kat online je.Rating, sebab cam biasa2 dulu je,cuma add skit,i give it 4 out of 5.

Soundtrack - uhh yg ni nak cakap camne ek...boleh la layan walaupun xde track dari artist2 terkenal,but then kalau dlm PS3 korang ada simpan mp3,korang leh guna je mp3 korang tu jd background music at least merasa gak la kan layan lagu jiwang2 ke time lumba2 tu.Setiap kereta,design lain2, bunyik enjin dia,ram dia,hon smer pun lain2 gak dan boleh dimodify sesuka hati anda sendirik. Rating 4 out of 5.

Kesimpulannye, kalau korang mmg kaki kereta,gila kereta,nak pakai keter mahal2 tapi tak mampu,GT5 is for you. Total rate i give it 4.5 out of 5.

Babaii...

Thursday, December 9, 2010

Entry Tengah Malam

Salam dan selamat tahun baru 1432 Hijrah kepada semua,

Berita jam 12.30 malam. Seorang orang telah dijumpai masih belom menidurkan dirinya sendiri pada malam ini. Menurut kenyataan seorang saksi, seorang orang ini masih belum ketiduran kerana dirinya masih belum mengantuk dan sedang cuba memahami dirinya sendiri....err..dah malas nak sambung berita,penat.

Esok cuti, tp masih kena datang ke opis. Ni semer gara2 auditor pnyer pasal, abis nak kene selongkar balik barang fail2 yg kompem smp skang ni aku pun x tau camne nak carik file2 tu smer. Opis dah macam tongkang karam barang bersepah2 atas lantai, tak tau la aku nak kate opis kena langgar Garuda ke kena terjah same Gamera,tp yg pasti,sok kene ke opis lagi. Oleh itu, aku mo tdo tp smp ler skang pun,aku takleh tdo2 lagik...

Personally,mlm2 ni aku rindukan chumil aku. Our relationship nak cakap pun susah gak, it's like an open relationship. Luaran maybe, tp part dalam hati ke hati....it's nothing,empty. Seolah2 ada barrier antara kami berdua. Masing2 keeping a part of ourselves to not to be known by the other side. Ntahla aku serius cakap aku kekok dengan dia,dia pun sama jugak kekok ngan aku,tp aku suka dia,huhuhu..aku pun x pasti kenapa.I really wish to know her well,i want to know what she feels,to share together,tp tu la...bila aku ngan dia je,senyap sunyi,cengkerek pun reti marah kitorang sebab tak reti nak communicate. Sengal tak relationship camnih? Not like what i've use to have before,but as someone says,bersyukurlah actually u have somebody that actually care for you,you can feel it even without saying any words.

The only problem that I have is communication. Dia komen aku,aku lau dia tepon,mesti cam jawab nak tanak je,smp dia rasa cam dia ganggu aku. Aku faham komen tu,bukan dia sorang je komen,aku rasa ramai gak yg komen2 camtu,ex2 aku dulu pun penah komen camtu,kawan2 aku pun penah cakap camtu,client pun sama. Aku bukanla spesis mesra telepon. Sepanjang hidup aku dlm dunia ni,tepon umah pun aku jarang2 skali angkat,1) sebab jarang2 ada org tepon carik aku,asik2 carik mak aku,abah aku 2) sebab aku kat skolah2 dulu bukanlah budak yg popular,make self esteem aku ni rendah,aku x campur org,cuma ada aku dan dunia aku sendirik aje. 3)skolah2 dulu aku takde awek,camne nak bergayut? maka dengan itu,aku lau tepon mesti nak cepat je,5 minit maximum,up skit 2 minit dari otromen stay kat muka bumi nih. Nak bergayut 3-4 jam kat tepon,15 minit pun tinge aku dah panas kat tepon dah nak letak cepat2... Asal org tepon je,sepatah org tu cakap,sepatah la aku menjawab.Pastu senyap sunyi,tak tau nak cite ape.Tu sebab semenjak diperkenalkan sistem Semes kat HP nih,aku cukup suke skalik,sebab tak payah call,anto mesej je,abis segala macam line time tu aku test nak carik yg murah punye dari Maxis Timecel, smp ler ke Digi nih.Aku part online menulis ni, mmg macam haram, cam korang tgk aku nulis skang ni laa...it seems my expression is much more clearer in writing,not in voice. Mane penah korang tgk aku cakap lebih2 sgt lau kuar ramai2, itu pun lau ada benda nak cite, or ngan org yg aku rasa aku rapat,aku open je aku leh cite byk2.Jadi kat yang terasa tu,saye nak mintak maaf byk2 sebab keadaan saye mmg camni, bukan nak menyombong,bukan xnak layan, tapi x bape reti nak layan....

Kadang bile tgk org lain tu aku ade jeles la gak, sebab aku x excel dalam bidang2 kemasyarakatan ni,serius aku cakap.Kalo ada exam pun,cukup2 makan je kot dpt D je.Dunia aku,yg aku tau,is all around me,me and me.Actually there's a lot of things in my mind,and i just wish i have the time to jot it out here, to share with others,but i still can't find the right words to write it,the right way to express it,the right time to publish it...meanwhile,just letting this blog to be stagnant for a while,up until i have time to write again.

Times up, already 1 am in the morning..gotta go. Sekadar ini sajelah luahan hati dan perasaan aku di malam hari nih...lenkali nak tulis something ilmiah sket nak share sama korang,yela dari dok merapu meraban bukan2 ape yg korang dpt kan...insyAllah nanti aku ada mase aku akan tulis mende yg paling aku familiar skalik...tp skian dulu wat mase ni..lenkali okeh...gdnite and salam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...