Pages

Friday, January 7, 2011

Kisah Si Biasa Yang Biasa

Pada satu hari yang biasa di kampung yang biasa di dalam rumah yang biasa, tinggal seorang lelaki yang biasa. Nama dia Ali, pun biasa2 saja. Ali mempunyai seorang isteri yang biasa2,serta 2 org anak yang biasa2 jugak. Cam biasa, biasa je, x biasa, tu la antara ayat2 biasa yg kerap dituturkan Ali yang sememangnye biasa, tak huduh, x kacak...biasa2 je.

Sebagai seorang penduduk kampung yang biasa, Ali cuma bekerja biasa-biasa je. Tak ada yang luar biasa apa2 pun tentang Ali ni,semua biasa-biasa je. Kehidupan beliau juga biasa-biasa je. Beliau kurang selesa melakukan perkara luar biasa atau yang tak biasa ni, biar yang biasa-biasa sudah lah.

Satu hari, Tok Ketua telah mengumpulkan seluruh warga kampung yang biasa itu dan mengadakan satu mesyuarat tergempar di kampung beliau. Ini adalah kerana berlakunya kejadian pecah rumah yang semakin kerap berlaku di dalam kampung itu. Pada beliau ini adalah amat luar biasa sekali sebab biasa la, dulu2 mane penah biasa2 jadi kes macam ni,jadi beliau amat tidak biasa dengan situasi sebegini. Ketua kampung telah meminta cadangan daripada penduduk2 kampung untuk membanteras kejadian ini daripada berulang lagi. Ali cam biasa2 la, duduk diam je dengar org lain bg idea, cam biasa....xde luar biasa pun. Abis mesyuarat, cam biasa smer pun mee eating beramai2,cam biasa, dan pulang ke rumah masing2,ataupun lepak kat warung Che' Din, cam biasa-biasa...

Dalam perjalanan pulang, Ali terdengar bunyi yang kurang biasa didengar. Makin lama makin kuat, Ali dah jd gelabah,sebab tak biasa dengan bunyi2 yang luar biasa begitu. Antukah?Rimaukah? macam2 dah main kat benak Ali.Ditambah dengan gelap malam yang cuma ditemani lampu-lampu jalan yang malam tu agak tak bape nak biasa sebab kelip2 plak, ada2 je x macam biasa, membuatkan Ali semakin resah. Dia tak biasa ngan keadaan camni, dia tak tau camne nak handle situasi tak biasa nih.

Ali skodeng. Rupa2nya ada awek cun kena kaco same geng2 jahat kat kampung. Awek tu nmpk Ali. Dia pun rayu mintak tolong kat Ali. Ali plak,dia org biasa2 je,dan tak mungkin dia dapat berlagak menjadi hero yg luar biasa.Maka cam org biasa yang lain2, Ali pun pulang ke rumah beliau begitu saje dan tdo cam biasa. Sekian...

Thursday, January 6, 2011

Bila Kering...

Malam ni malam Jumaat. Aku ingat aku nak apdet belog aku ni, tapi tak tau la plak ape aku nak tulis dalam belog ni. Pada mereka-mereka yang dah berkelamin dah tentu malam ni aktibiti gaya bebas bakal bermula,kecuali yg lampu2 merah tu,sabo je la ye bang. Yang solo molo cam aku ni, bese malam2 jumaat ni jd malam ektibiti keliwon aku.

Mengadap laptop.laptop ngadap aku.  Nak carik idea nulis.

Aku bukak Fesbuk.Senyap sunyi.Semer dah masuk tdo kot,tak pun wat keje lain. Aku bukak plak Virtual Friends. Ni tempat lepak2 aku seharian sewaktu di opis,sebab kat opis aku Fesbuk kene cantas. Jadi website ni je la wat ganti fesbuk,kalo korang boring2 pun leh la jengah2 Virtual Friends nih.

Aku bukak VF. Ada la 2,3 org up status kat stateboard. Sambil2 baca komen2 budak2 sengal nih, aku layan skali Youtube. Bukak lagu Jumaat Keliwon, lagu wajib aku main bila tiba malam jumaat,kenapa,jgn tanye aku, aku suka lagu tu.



dah dok layan2 lagu kat Youtube, bertukar satu lagu ke satu lagu. Aku ada hobi suka carik lagu2 pelik dalam Youtube nih,dari lagu Malam Keliwon sampai la ke lagu Siam,semua aku leh layan.
Idea tak datang2 gak. Pekemende nak tulis nih.

Aku bukak Mangareader. Naruto,Bleach ngan One Piece takde lagik minggu ni. Sawan aku dah bila dah 2 minggu tak baca manga. Tutup balik. Usha YM, si dia online on mobile,sah line tak elok kat Kerteh sana, x dapat nak chat ngan dia.

Jam hampir 12 tgh malam.Aku guling2 atas katil. Polok2 bantal pocong peneman tido aku tiap2 malam,kadang2 ada la makcik mata merah,dia la yg slalu datang jenguk2 meramas mesra,kekadang smp tak larat nak melayan.

Bukak balik belog, aku tgk balik pending post draft aku. Ada lagi sangkut story kat ctu tak  tau camne nak abiskan.aku garu2 kepala aku yg tak gatal nih Haaa..dah dapat dah idea. dan aku terus mencoret,dan mencoret...dan akhirnyaa................


Jadi la posting yg ni...hahahahha..hampeh takk gue :P:P:P jangan marah arrr........

Mai 22 Menet Serbeiii~~

Once you've been tagged , answer all the questions honestly , No lying or Cheat-ing okay?(walhal xde kene tag pun saje je gatai nak wat)


Starting Time : 2141
Name : Nazir | Hydo@Hyde| Lurti |Reita
Brother(s) : 3 boys 1 sister
Eye Colour : Brown
Shoe Size : 9 @ 10 (kaki beso ni)
Hair : long and messy
Piercing : none
What are you wearing right now : T-shirt & khaki pants
Where do you live : Shah Alam
Favorite no : 9
Favourite drink : Fruit juice,hot chocolate drink,and green tea
Favourite breakfast : nasi goreng or nasi lemak

Have You Ever ;

Broken a bone : No
Been in police car : No
Fallen for a friend : Yes,long long time ago
Fallen for a guy/girl in a short period of time : No
Swam in the ocean : Yes
Fallen asleep in school : Yes
Broken someone's heart : Maybe
Cried when someone died :Yes,but i feel happy for them,weird eyh? Death in this world means 'birth' to the otherside of the world.
Sat by the phone all night waiting for someone to call : Yes,for my dear Momoy 
Save e-mails : important ones
Been cheated on : Yes


What ;

Your room like : full of books & comics, gundam model, PC,laptop,messy study desk
What is right beside you : Bantal pocong.
What is the last thing you ate : nasi goreng ayam KFC miahahaha

Who;


Who did you last yell at : officemate :P
Who was the last person you dance with : i never dance in my life

Who last made you smile : Emy and Sawan Underground members

Final Question;
 

What are you listening to right now : Pledge - The GazettE
What did you do today : Kerja,meeting,kerja,makan,online
Are you the oldest : Yes
Indoors or outdoors : Both


Today You Did;


Talk to someone you like :Yes
Kiss anyone : No
Sing : Yes-Ascendead Master in my car,alone :))
Talk to an ex : No
Miss Someone : Yes
Eat : Nasi Goreng Ayam KFC


Last Person Whooo;


You talked to on the phone : Princess Momoy
Made you cry : My Ex...she cheated on me
You went to the mall with : Officemate - Lunch je
Who cheer you up : Friends


Have You;


Been to Mexico : No
Been to USA : No 


Random ;

Have a crush on someone : err kadang2 kot :D
What book are you reading right now : Online manga - Fist of the Blue Sky
Best feeling in the world : Bila si dia turun dari Kerteh ke cni..susah tul nak jumpa dia,slalu bz
Future Kids name : kalau lelaki mesti nak letak nama Hyde, Kyo,Ruki,Ken,@Kai. Lau pompuan nak bagi nama Aya or Dania..tu je yg teringat skang.
Do you sleep with your stuffed animals : bantal pocong je peneman malamku
What is under your bed : stuff
Favourite sport(s) : none in particular,but i could say bowling is my fav
Favourite place : anywhere outside KL
Who do you really hate : slowpoke
Do you have a job : Yes
What time is it now : 2208


With however long it took you to complete this tag. 
Nak tag sape ek..? sesape la yg rajin ek. This is an open tag. TAG~!! You're next ~!!




Wednesday, January 5, 2011

Revenant Choir

'Aristocrats beautifully attired in a world filled with the smell of roses.
There live two clans: one who believe that death brings everlasting happiness.
The Others seek eternal life. One day, both dreams become reality,
the Others would never be destroyed. They were forced to live in loneliness,
like a never-ending punishment.

June, 2007, the Others' time had come. Descendents of the Rose appeared,
with their meeting, the memory of that day came flooding back and the story begins...'

 

I'm proud of them.
Pleasure like fear.
It's a night when the moon laughs at lover.
The time has came for you.
I will resurge and shouts and bites.
Stay away!
do you want to go with me?

They called it...
"The red carpet day"
The floor covered by delicious looking roses.
The time has came for me.
I will resurge.no control!
Poured crimson adomiration into...

Our clan's blood will not stop forever.
If you wish, I would become a rose.
Our clan's blood is a lifetime lover.
stay,choir of sorrow and pains.

My dearest descendant,Please stab my belly.
oh so again
Please stab my heart.
The time has came for me.
I will resurge.no control!
Poured crimson adomiration into Holy Grail.

Our clan's blood will not stop forever.
If you wish, I would become a rose.
Our clan's blood is a lifetime lover.
stay,choir of sorrow and pains.

kioku no naka no kurenai chi wo bara ni kaeteita
hibiku Her shout and Choir

Our clan's blood will not stop forever.
If you wish, I would become a rose.
Poured crimson adomiration into Holy Grail.
stay,choir of sorrow and pains.

kioku no naka no kurenai chi wo bara ni kaeteita
hibiku Her shout and Choir

The time has came for us.
long time sleep passed.
The world turns in hand of descendant of the rose.
Our clan's blood will not stop forever.
stay,choir of sorrow and pains.
Our clan's blood is a lifetime lover.
Without you,would be gone Far away...

Tuesday, January 4, 2011

You Wa Shock~!! You Are Already Dead~~


Title : Fist of The North Star : Ken's Rage
Developer : Omega Force
Publisher : Koei
Release Date : 2 November 2010

Memula aku tgk game ni jual kat kedai, aku jadi teruja kejap. Berkisarkan manga dan anime yg super ganas super ngeri, Hokuto No Ken @ Fist of North Star @ Pencak Nujum yg penah popular satu masa dulu,lau tak popular sgt pun,just a bit less than DragonBall ataupun Naruto.

Game ni berlatarkan bumi pada tahun 2XXX(lau manga,199X), di mana perang nuklear telah berlaku yang mengakibatkan hampir seluruh spesis makhluk2 dan tumbuhan serta tamadun2 dunia pupus dari muka bumi ni. Walaubagaimanapun,spesis manusia tetap bertahan, dan dalam dunia yg serba serbi takde mende ni, dunia menjadi di mana yg kuat makan yg lemah,kuasa jahat berleluasa and so on(ala tipikal la cite2 manga camnih). Kenshiro, yg merupakan pewaris ulung Pencak Dipper Utara adalah hero cite ni dan pengembaraannya bermula untuk mencarik kekasih hati beliau yg telah diculik oleh org jahat. Dalam perjalanan mencarik aweknya itu,macam2 la org jahat yg dia jumpa,pukul,lawan,tumbuk2,guna skill,mati....pastu terus sambung lagi dan lagi dan lagi..camtu la jalan cite dia.

Game Play : Game ni ada 2 mode, Legend Mode di mana player bermain berdasarkan cerita di dalam manga/anime, dan Dream Mode,di mana player boleh sukati2 nak jalan2 map sambil belasah boss2 yg ada dlm game nih. Ok to cut short, org yg tak penah tgk atau tau cite FOTNS nih mungkin tidak akan faham story mode dlm game ni. Banyak babak dalam game ni dipendekkan cerita la, jadi bg yg tak familiar ngan FOTNS, mestinya terpinga2 ngan ape yg dah jadi dalam game ni. Contoh perhubungan Ken dan Rei, narrator ada ulas story memperkenalkan watak Rei, menunjukkan dia seorang yg important dalam cerita ni,tp apakah hubungan dia dgn Ken,camne dia leh rapat nobody knows except yg penah tgk cite ni.


Aku bukanlah peminat game beat 'em up,tp kadang2 aku layan gak game2 macam Dynasty Warrior ataupun Devil May Cry. Tapi tuk FOTNS nih, mula2 main agak teruja,tp dah blakang2 rasa cam malas nak main sebabnya, gameplay sgt2 SLOW~!!! taulah Ken ni hero, tp bila main kombo dia terhad, pastu nak pukul sekor2 org jahat yg datang mob pun alahai..kekura lelabi pun aku rasa lg laju. Orang jahat dia plak, smer klon sepesen rupanya,cuma kaler je lain2. Control dia senang je petak ngan triangle utk tumbuk, X tuk lompat, O tuk special skill. Yang button L1 ngan R1 lak, tuk blok ngan grab enemy. Ok, maybe la developer dia nak bg attack tu nmpk powerful,so jd selow la kan, tp aku nak fast paced game~!! bule ngantuk main game ni nak chain combo selow selow. 1 stage kadang2 amik masa setengah jam nak abis,tu belum kire lawan bos,cakap2 lagik,stage2 lain lagik.Uih letihh...dan tiap kali kalahkan opponent, player akan diberikan karma point,kiranya mcm Exp Point dalam Final Fantasy, tuk level upkan character memasing tuk stage seterusnya, cam tambahkan str,skill,HP,etc..tp aku rasa tak byk beza pun,x upgrade pun boleh je lawan bos2 cam haram game nih.

Game ni progress through stages or level in order to follow up with the story. Tiap2 stage,ada mission,and what does that means? YAY~~more Beat 'em Up~~!! hua hua hua hua hua...tu je la,ada la sket2 men motor,tp men motor pun tuk langgar org gak,so gameplay xde variety. Tiap kali abis stage,

Setiap character gak ada serangan unik memasing,dan setiap kali watak anda membuat kombo, ataupun diserang, 2 gauge bar akan meningkat, satu Spirit Bar, satu lagi Special Bar. Bila Spirit Bar tu penuh,player leh guna attack yg lg kuat,atau super-special attack, selagi player ada sekurang2nya 1 Special Bar. The Special Bar juga akan meningkat slowly,dan bila penuh,leh wat special attack. Lg byk special bar,lg kuat attack tuh.


Game play biasa2 je ,control agak messy, bad camera angel. Aku bagi gameplay 2.5 out of 5.
Graphic : Ok graphic game ni quite ok, tp tak berapa menarik. First time aku tgk graphic dia,ape yg terlintas dalam kepala otak aku,"PS2". Serius aku rasa game ni tak menggunakan sepenuhnya capability PS3,except for HD,dan opening intro. Setiap stage detail, sama je,ruins of building, tanah padang pasir, dan debris2 tu je..takde pun ijau2 ke,burung2 ke,padang pasir je la yg korang tgk sepanjang game ni.Hero2 dia lak,mcm hero komik2 cina,badan sasa2 tp kaki kecik gila hua hua hua,dan game ni susah nak jumpe watak heroin, semernye lelaki2 badan sasa je, lau ada yg cantik sket pun, Yuda si bapok Dipper Selatan tuh. Jadi kalau anda peminat wanita, dan tak bape suka laki2 sasa,game ni bukanlah utk anda. Efek graphic ok, ada byk destructibles, pagar pecah bila kena hempas,tp tu je la. Rate : 2.5 out of 5.

Yuda...ni je la kot yg paling santek dlm rmai2 watak FOTNS.
Sound : Tak banyak,siyes, sket je,pastu dok ulang,ulang,ulang smp kepala dah hapal dah lagu2 soundtrack yg ada. Ada je la sket2 yg best, mcm lagu tema FOTNS, Ai Wo Torimodose yg dimainkan pada waktu2 dramatik,atau boss fight,tu je la,lenlain ulang2 lagu metal n rock. Ok la for a beat em up game, that kind of song memang suit,tp bila selection dah sket, dan diulang2 cam rekod rosak,ada gak aku rasa nak off sound time main game nih. Voice acting plak, aku tak main game ni bahasa inggeris punya voice acting,sebab aku tau English punya voice act suck,so aku tukar ke Jepun punya,jd macam tgk anime dia gak la...Total rate : 3 out of 5

Jadi, kesimpulannya, game ni cuma tuk peminat setia cerita Hokuto No Ken ngan Kenshiro. Kalau anda tak penah tau cite tu, dicadangkan anda janganlah membeli game ni,carik la game lain. Jadi total score aku kasi tuk game ni, 2.75 out of 5. Ah Kenshiro,errr jangan,jangan~~~
TIDAKKKKKKKKKK~~!!!bukan Hokuto Hyakuretsu-Ken~!!!


Serangan unggul Kenshiro- Hokuto Hyakuretsu Ken~omai wa mou shindeiru (You are already dead)

Monday, January 3, 2011

Dilema Aku Yang Sorang

Aku yang sorang…..
Hidup sorang…..
Buat amende semua sorang….
Melepas memanglah sorang2…..
Lagi pun jamban aku memang memuat utk sorang je……
Aku yang sorang….
Makan sorang2….
Minum pun sorang2….
Nak makan dua orang
tapi takut tak kenyang……
Aku yang sorang….
Bangun pagi sorang…..
Tido pon sorang…
Hajat dihati nak tido dua orang…..
Tapi buat sempit bilik plak karang….
Berjalan sorang2….
Berlari pon sorang2….
Berjoging pon sorang2….
Ingat nak ramai orang….
Tapi tu, marathon lah korang…
Lepak sorang2…mimpi pon sorang2…
Berangan sorang2…jiwang pon sorang2….
Pegi bandar sorang2…balik bandar pon sorang2….
Dah sebulan aku tak ke bandar sebab ramai sgt orang…
Semalam aku sorang…
Kini aku masih sorang…..
Esok lusa sorang lagi kot….
Tulat nanti gerenti memang sorang…..
Tapi, dekat stadium semalam ramai plak orang….
Tapi aku bukannye orang-orang…
Aku bukannye orang utan….
Aku jugak bukannye orang minyak….
Dan aku jugak bukannye orang gile….
Dan aku jugak bukanlah orang jahat….
Bukan gak orang kena sawan…..
Tapi aku jugak orang…macam orang lain jugak…
Macam U jugaklah masa U sorang dulu!!
Aku tau…..
Aku bukanlah orang berada…
Aku jugak bukanlah orang glamer….
Dan aku bukanlah orang ternama…
Walaupun aku hanya orang biasa
Aku tetap orang…
Aku ingin menjadi gaban
Tapi nak jadi gaban kena gagah….
Tapi gaban tu bukannye hensem pon…
Lagi hensem ultramen
Dahlah tu, korang pegilah siapkan kerje tu sesorang
Jgn ingat aku nak tolong korang…….
 
-Aku yang bergelar orang-

Selamat Tahun Baru 2011

Salam,

Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat tahun baru 2011 kepada kawan2 semua,semoga apa yg diimpikan dan diangankan akan menjadi kenyataan pada tahun ini...Yoshhh~~!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...