Video Collection

Thursday, July 16, 2009

Sedarkah kita?

salam,

Updating........

loading.......

Hari ni adalah mcm hari2 biasa aku datang kerja. Datang, tulis attendance,bukak pc,main poker ngan facebook,sambil2 tgk keje yg mendatang (main lebih,keje kurang...hahaha..aper nak jd aku nih). So arini aku ingat cam ari2 biasa jerla,balik umah awal,online main game ke hape2 jer la yang slalu aku buat.

Basically that's it,smp tghari td,kecoh kejap area opis aku(Plaza Masalam Sek.9 Shah Alam).Ade org jatuh dari bangunan,paaaapppppp~~~tepi tingkap opis aku.mati on the spot,menggeletik sat pastu senyap jer. Abih arr,tambah sekor lagi antu kat opis aku nih,tak cukup Josephine sekor...ni mamat ni plak tambah lg la koleksi antu2 yg ada kat menara Plaza Masalam nih. Akak kat opis aku muka dah pucat giler tgk mamat tu mati,last2 smer balik awal.Aku sempat la gak amik gambo mamat tu,tp disebabkan aku dlm opis,maka side ni jer la yg korang dpt tgk...ada 2-3 gambo,tp yg ni yg paling clear aku dpt....tak mcm org dah kalo tgk dekat2



Dah tgk mayat ni,aku terpikir balik...aper yg dia rase ek? aku bayangkan kejap arr ko kat umah bangun pagi nak pegi keje,mandi lalalalala dlm bilik air tu,melalak ikut radio sambil gelak2 time harung jam,tau2 smp opis.....aaaaaaaaaaaa~~~kecepettt~~abisss......senangnyerr ilang nyawa. Ape arr perasaan time nak mati tu ek?x terpikir aku,agaknye nak mati nanti baru tau kot.

Jadi bila aku tgk balik sekeliling aku,orang2 yg sombong,riak,bongkak,takbur...nk kemane kita dgn pangai camtu.Dah mati jd makanan ulat gak,dikutuk2 kt bukan boleh balas balik pun,nak pukul pun dah takleh,pangkat,harta,kedudukan...org lain rampas,tggl aper tuk kita? lubang kubur,kain kapan,Mungkar Nakir,dgn pembalasan alam kubur.Time tu baru nak tobat,baru nak beriman,nangis merayu camner skali pun,harapan la bebbb....takde yg nak teman ko dlm tuh.Anak isteri akan balik,pengikut akan balik,duit harta bertukar milik,pangkat org lain rembat,smer tu ko nak rasuah dlm kubur? zasssssssssss la jawabnyerr....

So,pikir2 la sendiri korang.kalo tgk org mati tu,pikir kalo yg mati tu korang sendiri. Ape jadi kat anak bini yg ditinggalkan,tp paling penting,ape jadi kat diri korang sendiri...

Sok kene keje lagi.Takde cuti2 walaupun ade yg cakap nak cuti sok sbb nerves breakdown,nerves la sangat,tgk mayat td bleh plak sambil makan kan...hahaha(aku la tuh).Last word,aku teringat Prof aku dl penah tny satu soklan nih,"kalo korang ada 10 saat lg tuk hidup,ape yg korang nak cakap/buat?"...jgn bg jawapan,jawab sendiri.

The end,w'salam

Monday, July 6, 2009

Updated....huhu

Huaaa dah bersawang giler room nih,nmpk sgt tuan dia tak rajin nak update tmpt ni...so where should i start now?

Aku baru je beli laptop,so aku berharap ngan adenye laptop ni maka aku akan makin rajinla update bilik gelap aku nih...huhuu..

So for now,adios...ja na...

Saturday, May 23, 2009

Summary of This Year.......

Assalamualaikum,

It's May, and it's not too late for me to wish Happy Mother's Day and Happy Teacher's Day.

Hidup aku tak banyak pun berubah. Mungkin sedikit pertambahan dari segi tanggungjawab,kehidupan aku, dan dunia di sekeliling aku. Tapi semua tu perubahan fizikal sahaja, di dalam aku masih aku yang macam dulu,kosong tanpa motivasi...huhuhu,entah kenapa aku rasa bosan sgt dengan hidup ni,aku tak nmpk sebab apa tuk aku wat mende2 apa yang aku wat sekarang nih,tuk dunia yg corrupted nih...totally unmotivated,tunggu nak mati je nih....

Berat betul dugaan yg Tuhan bagi kat aku skang nih.Bila kt rasa benda tu dah berlalu,tiba2 dia datang kembali,menghantui diri dan jiwa yang baru je nak pulih dari luka lama....damn aku benciiiiiiiiii~~~~~!!!!!!Kenapa la selalu jd mcm ni,aku dah malas lagi nak fikir dan amik tau,tp makin aku ignore, makin slalu dia datang,macam tanak aku lari dari benda nih....then wat should i do?confront it? huh,membunuh diri aku je kalo aku wat camtu....Ya Allah tenangkan la hati aku ni,bntu la aku tuk keluar dari situasi ni.....




In your letter are only unreadable characters
I want you to meet me and let me hear it from your mouth

The white i cant get used to is my weak point
Even my sigh echoes
Though if i knew the sky's colour, i would be rescued
Someday I want to forget even the breathing,
which i', unable to perform well
It seems like even the strength to be able to wish dries out

When i sing "tomorrow, face down", thorns go along with sleep
Restraint was twined around my body
Even the mind seems to sleep
The warmth which touched my cheeks was so familiarly gentle
The shadow i saw in a blurred gulch, a warm - coloured dream

Even if a day comes when my eyes,
which are reflected in you, will lose sight of you
You're burning yourself into these eyes
The days on which the sunbeams fall through the trees
Dont take me with you

The leaking white shakes
It seems like i forget the words as well
My tears are flowing, where do they go to?
Call my name
Embrace me until i break
Im scared of losing more than this

Where are you, singing about me?
Even i prick up my ears, what echoes is my unstable heartbeat
The warmth that should have remained on my cheek, i cant recall it
What i saw in the blurred gulch was the cold - coloured reality

I draw close to your so very small wish,
which you made with thousand paper cranes
In the end of my memory, which just counts my sighs
without being able to restore your smile, i hear your voice
The morning on which i lost everything
"The two of us can't become one"

Tuesday, May 19, 2009

Love From A Dead Orchestra - Versailles

Nak kongsi band visual kei yang baru je ditubuhkan 2 tahun lalu, Versailles - Philharmonic Quintet...not bad for its music...enjoy,Love from A Dead Orchestra


FMV - bukan betul punya PV pun,but i personally really love this PV



Live Hide Memorial Summit 3rd May 2008,really love Hizaki there(red gown)


Lyric translation :-

The black sea traces the howling of the wind
In these intervals
The memories, changed into roses, started to follow the present

Inside the picture, the beasts hurt each other
And they hand the memories over to the darkness

Why do these days refuse to stop like this
And turn people into something ugly?
This melody will turn into a blue tranquility
They should disappear

I’m alienated from the connection
From fascination to expectation
I can’t divide the phrases
The historical facts are drawn

Those fingertips will turn into a blue tranquility
People pierce their hearts with loneliness
While I’m staring at the roses, the melody of death flows
Ah…it should fall down

Disappear... Burn... The ugly me
No matter how often I kill it, my body returns from the dead
If these thoughts reach I’ll get rid of everything
I just want to bloom like the flawless roses

Disappear... Burn... The ugly me
I just want to bloom like the flawless roses

Wednesday, May 13, 2009

The GazettE - Shiikureta Haru Kawarenu Haru (Domesticated Spring, Unchangeable Spring)



'Am I an implement?' I ask myself while drowning in the rain
If not with something like my heart, how could I repay you?

The reason for being that was able to bind me...
The happy future that awaits should I sever it

Coiled in my hair, it's choking me, the scent of men
when I count the number of wounds you toyed with it becomes my agony

Unable to escape, sorrowful dirty of me
Nobody will ever love me again

Since, since your goodbye, since, since your goodbye
Living has gotten tough
I'm say with love, good bye my d'etre
forgive me for grieving you by passing first.

Someone please save me... if things stay like this, I'll freeze completely...
Someone please save me... someone please save me

Trembling like a scared... scared child - I screamed out.

Since, since your goodbye, since, since your goodbye
Living has gotten tough
I'm say with love, good bye my d'etre
forgive me for grieving you by passing first.

I do say with love... good bye my d'etre...

Thursday, April 16, 2009

Updated? Nahhh~~~

Salam,

It's been a while since i wrote here. Well, so many things that happened, people come, people gone in my life, can't say a words nor do something about it. Sad to see it happening, but that's life.

Diri ni mcm2 yg berlaku sekarang,especially on what's going on inside of me, celaru haru biru eventhough u never want to think of it, it will always come and haunted me.I tried to avoid it, but never successful in it. Damn it i really hate it, this is to be considered my second worst day in a year......after September...

i still miss her(A), but what can i do, she's with another guy. And to make it worse, i met that guy during my usual table talk with my friends the other day. Kadang2 tk faham apa yg perempuan fikirkan. He came to me, and sit next to me that day.Hati ni ntah la,mybe sebab jeles pun ada kan, tp takkan la nak tunjuk terus terang depan dia. "So this is Hyde," kami bersalam. Aku takleh wat apa2 just berikan satu senyuman kepura-puraan dari diri aku. Cover beb,dlm hati mmg dah tak senang dah,rasa cam nak blah je time2 tu gak....

Well, we talked, and i know he has a wife, and he came to tt with his gf,and yet dia sempat lg main msg with another girl yg dia kenal kat website,siap tunjuk lg kat aku msg dia flirt with that girl.He also told me that he has now nothing to do with A. Dan dlm situasi ni aku pun rasa serba salah sebenarnya,to feel happy because people is breaking up and making A sad,suffer and cry? aku terus terang aku tak tau apa yg aku patut rasa,sedih? happy? kecewa? sakit? i became emotionless....tp apa yang aku tau,aku nak dia happy,dia gembira,even it it cost me my life in darkness...until then...

Wahai bidadariku,
janganlah menangis untukku
teruslah jalani, hidupmu yang masih kan terus lalu..

Semua kenangan kita, adalah hadiahmu yang terindah,
Akan selalu kuingat dan kubawa serta kehidupan abadiku...

From the sky i see u and always loving you...

Selamat tinggal kekasihku,
Lupakanlah diriku,
Walau itu menyiksaku,ku ingin kau bahagia

Selamat tinggal kekasihku,
Ku tak bisa bersamamu,
Walau itu menyiksaku, tapi tak mengapa...

Sunday, March 1, 2009

Mengapa Yahudi Itu Bijak?

Sunday, January 25, 2009
oleh Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh ikhtiar manusia itu sendiri? Adakah 'kebijakan' boleh dijana, seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk PHD saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "Iya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak." Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang 'cacat' otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (cod oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! ! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik hanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin?

Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berkhasiat yang baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsetrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

erokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak-tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$0.70cts!! ! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali! Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin, dan tidak mustahil TETAPI ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai "Mengapa saya gemarkan tomato"!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.