Pages

Saturday, February 26, 2011

Kadar Insurans Motor akan naik? jeng jeng jenggg~~~jeeeennggg~~!!

Ok, hari ni ari sabtu,mcm biasa keje mgular aku nih ke semer laman2 web yg ada. Hari ni aku terbaca satu artikel yg agak menarik dari web Ameno World pasal kenaikan kadar motor insurance pada tahun 2012. Sumber berita adalah seperti di bawah :-





Ok,ini cumalah pendapat peribadi aku je.Mungkin anda setuju,mungkin juga anda tidak setuju. Terpulang. Tak suka baca,takyah nak masuk sini kan.Gi bace tempat lain.

Motor insurans adalah macam yg korang tau,wajib di atas Akta Pengangkutan Jalan 1987, xde insurans,xleh wat roadtax,takleh jalan atas jalan raya. Jadi mestinya bila time road tax nak expired la byk antara kite yg garu2 kepala tak gatal nak mengorek duit nak bayar premium insurans yang mahal tu kan.

Semua pengiraan premium insurans kenderaan adalah berdasarkan tariff yg telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Jadi,bila dah ada tariff,bermakna semua premium insurans kenderaan anda  adalah fixed, cuma yg membezakan premium anda adalah jumlah NCD yg anda nikmati, loading yg dikenakan terhadap kenderaan anda, dan extra benefit cover yg anda ambil (windscreen sebagai contoh).

Oklah,aku kerja ngan insurance company,dan aku tau kenaikan kadar insurance motor in 2012 akan membimbangkan ramai org, termasuk la aku skalik...sebab aku pun bayo premium kereta. Tapi sebab aku sendiri pun dah penah tgk claim kereta ni mcm mana, jadi aku rasa agak munasabah untuk kenaikan tariff ni.

Kita tgk tahun 2009, ni adalah written premiums received for insurance industry in Malaysia.
Sumber dari PIAM.org.my
Kat sini kita tgk, motor insurance adalah penyumbang terbesar premium kepada kompeni2 insurance dengan premium melebihi 50% daripada premium2 kelas2 insurance yg lain. Macam tahun 2009, RM 5,288.1 mill saja dah kat premium motor, fire cuma RM 2,237 mil saje. Ok,sini mmg la nmpk cam untungkan...5 ratus juta,byk tuu....tp mari kite tgk claim plak...

Sumber dari PIAM.org.my

Haaaa...claim motor 2009 je dah cecah 80% dari total premium diikuti dengan medical classes claim of 73%. Common sense,high premium written,high losses = not a good business profit. Dan dari Insurance Service Malaysia (ISM) report pula menyebut bahawa, majoriti of losses are from theft and accident,dgn had umur di antara 20-25 tahun adalah golongan yg paling kerap membuat tuntutan insurans. Untuk jenis kenderaan popular plak, yg paling popular ngan claim adalah dari model Proton dan Toyota, diikuti dengan Perodua di tempat ke-3. Untuk maklumat lanjut ttg statistik motor insurance premium and claim, korang leh ler rujuk website [sini]

Jadi,sebagai company, vision and mission company yg paling utama skali mestila to make profit,ye tak? 80% of losses adalah berita yg kurang mengembirakan utk kompeni2 insurance ni. Nasib baik jugak motor insurance ni dikawal oleh BNM,kalau tak, aku rasa premium kereta korang mesti lg tggi dari skang nih.

Jadi, xde cara ke nak kurangkan pembayaran premium kereta? ni tips dari aku,terpulang ler korang nak pakai ke idak kan :-

1. Tukar kepada kereta yg berkapasiti rendah. Contoh cam kancil 660 je cc, sebabnya, kadar premium insurance ni berdasarkan kapasiti kereta. Lg rendah cc kereta korang, lg murah korang leh bayar. Tmbh2 lagi kalau korang punya No Claim Discount/Bonus (NCD) korang dah penuh 55%, boleh dpt separuh harga premium insurans.

Pembelian 3rd party insurance pun boleh,sebab premium murah,tp yg ni,anda tanggung risiko sendiri.Sebabnya kalau berlaku apa2 kemalangan, tiada own damage cover. Kete korang,sendiri la tanggung, sebab insurance 3rd party ni cuma bertanggungjawab ke atas property damage/bodily injury kepada 3rd party je. Jadi kalau korang jenis kurang pakai kete, simpan kat umah je, boleh la amik 3rd party ni.

2. Ok ,korang ada 2,3 bijik kete. Satu kete ABC 1234 ( Proton Wira 1999, 15k sum insured, 1.8 cc,NCD 55%),satu lagi kete WTY 4321 ( Saga,2010,1.3 cc,38k 0% NCD).

Kalau korang bayar premium Saga full tanpa NCD, premium korang akan jadi RM 1,197.20. Bila korang wat transfer NCD dari kereta lagi satu ke keter baru nih, korang cuma kena bayar RM 544.24, tambah RM 100-200 sket tuk ncd recovery kereta lama, so kira korang kena byar dlm 700 je, jimat 300 kan,kan,kan..ade la gak duit tuk wat minyak. (sumber pengiraan korang leh masuk website Insurance Info[klik sini] ).

3. Tukar je pakai motor/basikal,takpun guna je pengangkutan awam yg ada :)):)):))

Skian saje dari aku,harap info ini berguna.

2 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

errr... kena completekan lesen la kalau macam nih
Korang pernah main game ni?"
Coupon makan-makan untuk korang"
Comelnya HEMPEDU ULAR"

Hydolarc said...

cepat2 complete lesen tahun ni,beli kete tahun ni..dpt la rate tahun ni dear

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...