Pages

Sunday, October 11, 2009

Ain't Afraid To Die



Song : Ain't Afraid to Die
Mood : neutral

Kosong....mcm tu la rasanya diri aku sekarang ni.Mungkin aku kurang berusaha,mungkin juga ni satu ujian yang diberi atas kesilapan diri aku pada masa lalu. Sehingga kini aku masih menganggap diriku hidup di alam mimpi,satu mimpi yang ngeri di mana aku masih belum terjaga lagi...dan memang pun,aku kini sedang bermimpi,di dunia yang penuh tipu daya,kesesatan,kegelapan,ketakutan,yang memang sentiasa menghantui bukan sahaja diriku,tetapi juga setiap manusia yang hidup di muka bumi ini.

Kadang2 aku rasa sunyi,kadang2 sayu,kadang2 emotional yang aku sendiri pun tak sangka aku jadi macam ni. Sunyi di tengah majlis keramaian,sunyi ketika bergelak tawa dengan rakan2,sunyi ketika berhibur..sunyi...aku banyak kali juga cuba melawan,tapi aku merasakan diri aku ni belum cukup kuat lagi tuk menempuhi kesunyian yang mendatang.Cuba berfikiran optimis,tapi kadang2 bertukar menjadi pessimist kerana pengaruh persekitaran yang kurang membantu.Rasa amat tak terdaya sekali,cuma boleh melihat tapi tidak mampu melakukan apa-apa...Kerdil rasanya diri ini,yang dulunya amat yakin dengan kemampuan diri sendiri...

Ya Allah,ampunilah dosa hambamu ini...give me peace in my life,and help me to get through the darkness with Your light...Aku berserah diri padaMu,baik zahir dan batinku,segalanya adalah untukMu...bantulah daku Ya Allah...kuatkanlah hambaMu ini,tingkatkanlah amal hambaMu ini,tetapkanlah hatiku,kuatkan semangatku, agar aku dapat menempuhi hari-hari yang mendatang mencari keredhaanMu Ya Allah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...