Pages

Friday, August 22, 2008

Aku dan Insurance & Takaful

Assalamualaikum,

Today,Hari ini, aku secara tiba-tiba ingin bercerita tentang insurans dan takaful. Kenapa tiba2 aku rasa nak bercerita, sebab aku merasakan bahawa kita,terutamanya masyarakat melayu masih kurang pendedahan berkenaan insurans dan takaful ni,masih tidak mengerti fungsi sebenar insurans ditambah pula dengan cerita2 yang kurang baik mengenai insurance macam agen penipu la,claim tak bayar la dan macam2 cerita yg tidak menggalakkan kita utk mengambil insurans.Kalaulah JPJ tak mewajibkan pembelian motor insurance utk road tax kereta,aku rase makin kuranglah orang nak beli insurance kan?huhuhu

Ok,first of all,let's go to the definition first. Insurance derived from the word insure, which means to provide for financial or other mitigation if something goes wrong(Wikipedia.org),to guarantee against loss or harm or to secure indemnity to or on, in case of loss, damage, or death.(Dictionary.com).Dengan erti kata lainnya,mudah nak mengingat,insurance ini adalah jaminan andai kata berlaku sesuatu di luar jangkaan kemalangan, kerosakan, kematian,etc yg boleh menyebabkan anda mengalami kerugian dlm bentuk kewangan(financial loss)yang akan mempengaruhi gaya hidup anda....ecehh...

Kita harus ingat akan 5 perkara sebelum 5 perkara dan antaranya adalah senang sebelum susah, dan sihat sebelum sakit.Hidup tidak boleh dijangka,macam2 yg boleh berlaku pada kita.Toksah harap simpang malaikat 44,kalau perkara tu nak jadi,jadi jugak. Insurance/Takaful merupakan sebahagian kecil daripada apa yg kita panggil Risk Management(Pengurusan Risiko).Malah terdapat sebuah kisah di mana seorang sahabat nabi meletakkan untanya tanpa diikat untuk pergi bersolat.Maka Rasulullah S.A.W bertanya, "Mengapa kamu tidak mengikatkan untamu?" maka jawab sahabat tersebut "Aku bertawakal kepada Allah akan menjaga untaku".Maka Nabi berkata kembali,"Ikat dahulu unta kamu itu,kemudian barulah kamu bertawakkal kepada Allah".Di sini kita boleh dapati bahawa risk management itu digalakkan di dalam Islam,jadi mengapa tidak kita lakukan untuk hidup dan harta kita sendiri?

Bagaimana Insurance dijalankan? A customer who wants to buy insurance,let say life insurance. He will make a proposal to the Insurer(which is the company)on how much he want to insure himself,150k ker,500k ker,1m pun boleh(tp mmg kena bagi reason kukuhla kenapa nak insure gile2 byk camtu),whereby the Insurer will process the risk of the proposer.This is called underwriting.Underwriting is done by assessing the risk of the proposer through the proposal form filled by the proposer. Should the underwriter feel that the information is not enough,he might ask the proposer to do medical checkup,and the result from the doctor is used to value the proposer.With all the information, the risk will be assessed as a good risk,or bad risk.Bad risk ni cam org tu ada history sakit jantung ke, kuat merokok ke, gile lumbe kereta dan sukan lasak ke,baper byk kali accident dlm setahun ke,benda2 yg boleh membahayakan nyawalah kiranya.Tu pasal korang kadang2 dengar loading imposed,loading tu kira cas lebih skit la disebabkan activity2 bahaya korang tu.From there the premium will be decided based on the Sum Assured that the proposer want to cover and the loading,if imposed.

Tetapi, for us muslim, insurance is haram due to 3 factors, Gharar(uncertainty),Maisir(Gambling) and Riba'(usury).Di dalam Islam,satu contract jual beli itu haruslah merupakan perkara yg jelas lagi pasti. Sebagai contoh,Ali nak beli lembu dari Ahmad,and sebab lembu tu tgh bunting,so Ahmad pun letak harga lembu tu same mcam harge 2 ekor lembu,dgn alasan ada sekor lg dalam perut tu.Di sini urusan jual beli itu tidak sah,sbb anak lembu dlam kandungan tu belum lagi tentu akan dilahirkan hidup,mane la tau tibe2 mak lembu tu gugur ke, tak pun anak tu lahir2 mati ke,yer tak?
Di dalam insurance, kita membeli risiko daripada insurance company dengan harapan andaikata berlaku sesuatu, maka insurance company akan membayar kita pampasan. Di sini,risiko itu sendiri adalah sesuatu yg tidak pasti dan jelas,di situ dah nampak unsur Gharar. Unsur maisir tu pulak, if something happen you will get the payment,if not,burn je la duit bayar bulan2 tu.Macam judi la tu.Riba' plak contoh Awie(balik2 Ali,takpun Abu,takpun Ahmad,tukar name lain lak) bayar premium tiap2 bulan contoh RM 200 la tuk coverage RM 100,000.Katelah Awie ni dah bayar tuk setahun(RM 2,400),n next year,dia mati.Maka insurance kena bayar kat dia RM 100,000 mengikut perjanjian dengan company tu.So disini lebihan wang tersebut(RM 100,000 -RM 2,400=kiralah korang sendiri) dianggap sebagai riba' oleh para ulama'.

Ok,kita tau Risk management itu penting,tapi plak insurance tu haram.So macammana? Maka setelah difikir2kan oleh mereka2 yg berkenaan, maka diwujudkan Takaful yg bebas dari unsur gharar,maisir dan riba' utk membantu masyarakat Islam utk Risk Management harta2 serta kehidupan mereka...Takaful berasal dari perkataan "Kafalah" yg bermaksud menjamin satu sama lain,joint guarantee. Sistem takaful mengamalkan prinsip yg berasaskan mutual co-operation, responsibility, assurance, protection and assistance between groups of participants.Di dalam Takaful terdapat dua jenis akaun,satu ialah Akaun Peserta(Participant's Account@PA) dan satu akaun dipanggil Akaun Khas Peserta(Participant's Special Account@ PSA).PA ni akaun peribadi pesertalah.PSA ni bertindak sebagai Dana Takaful dan di sini kita boleh lihat unsur2 bekerjasama antara peserta di mana mereka akan mengumpulkan wang dalam Dana di mana wang tersebut akan disedekahkan dgn redhanya kepada ahli2 yg kurang bernasib baik(claim la nihh..).Syarikat Takaful bertanggungjawab sebagai pemegang amanah, dan wang premium yg dibayar adalah mengikut akad dan persetujuan di antara kedua pihak(Syarikat dan peserta) di mana Syarikat bersetuju untuk menguruskan wang dan peserta bersetuju menyedekahkan wangnya utk membantu peserta2 yg lain yg mengalami musibah. So sini,hilang unsur Gharar, Maisir dan Riba'.

"Satu lagi perkara yang agak penting, ialah berkenaan dengan pelaburan yang dilakukan oleh syarikat insurans yg kita sertai..

Kalau insuran Konvensional , aku sendiri pernah tgk list kaunter yang diorang laburkan untuk dapatkan keuntungan.. contoh Great Eastern, kaunter Carlbergs , biasa ler tuh.. tapi bukan semua kaunter diorang ke arah tuh.. cumanya memang bercampur antara kaunter haram dan halal.. tentang syarikat insurans lain aku tak sure.

Cumanya yg aku nak bagitau bezanya ialah syarikat insurans Islam macam Takaful Malaysia dan Takaful Nasional , diorang ada satu badan khas untuk memantau perlaburan dan perjalanan pengurusan syarikat Takaful itu sendiri.. supaya tidak lari dari syariat Allah.. contohnya Takaful Nasional.. pengerusi Majlis Pengawasan Syariahnya ialah Dato Hj Harussani bin Zakaria , Mufti Perak Darul Ridzuan. Dan majlis ini dianggotai lagi oleh.. beberapa orang lain yang mempunyai ilmu dalam pelbagai bidang khususnya ilmu agama dan muamalat Islam..

Dalam Takaful Nasional ade 3 peringkat Majlis Pengawasan Syariah yang membuat pemantauan atas segala pelaburan yang Takaful buat

1) Majlis Pengawasan Syariah Takaful Nasional

2) Majlis Pengawasan Syariah BSKL

3) Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia

Kalaulah incase Takaful melabur di kaunter arak.. Tiger ke.. then.. boleh terlepas plak dari pemantauan atau pengetahun Majlis Pengawasan Syariah Takaful , maka dia mesti melalui pemantauan MPS BSKL plak.. dan kalau pun MPS BSKL pun terlepas plak.. dia akan dipantau oleh MPS Bank Negara Malaysia.. dan dengan MPS Bank Negara takde sape pun boleh lepas sama ada syarikat insurans atau pun bank bank kat seluruh Malaysia nih sebab memang tanggungjawab Bank Negara Malaysia akan monitor semua aktiviti dan perjalanan institusi kewangan , perbankan dan insurans kat Malaysia nih, dan kalau Majlis P. Syariah Bank Negara dapat tau.. Takaful Nasional melabur di kaunter arak.. maka , lesen Takaful akan ditarik balik dan sampai bila bila pun Takaful takkan boleh dah nak buat perniagaan insurans..
" -(ni aku copy kat website org,malas nak tulis,tp nak btau gak...so tribute to En.Fauzynm(http://fauzynm.tripod.com/Nasihat/Nasihat123/nasihat123.html)

So kebaikan mengambil Takaful/Insurance ni adalah :-
1.Kita tak selalu sihat,kos belanja hospital tinggi,bedah appendix pun aku rase dah beriban2...sakit jantung,bypass surgery mau dekat 80k,cancer lagi follow up treatment bulan2 mane nak cekau duit wat bayor...hospital takdenye nak bedah korang slagi tak tgk duit kad kredit korng tu,lau card credit reject mau dia campak korang dlm longkang jer...so ada insurance/Takaful senang masuk hospital terus 90% of medical cost Insurance tanggung,korang kene bayar 10% jer....lg untung banding korang bayr terus 100%(unless income korang tiap2 bulan juta2 RM,takpelaa..tp lau sakit mane nak masuk juta2 RM tu).Kalau kiok? sian kat anak bini lau korang tggl duit juta2 takpe,lau tggl utang? bini lak tak keje? sape nak bg nafkah?Ada takaful/insurance adalah gak duit pampasan yg dorang dpt tuk tanggung hidup sementara sebelum bini dpt keje,wat bayar utang korang yg korng tinggalkan (jgn gune wat beli keter baru udah ler).Kita beli Insurance/Takaful ni bukan tuk diri kt,tp tuk org yg kita tinggalkan.Ingatlah insan yg tersayang.....ehehehe

2.Its part of our saving.Jgn ingat saving kat bank jer. Kat insurance pun boleh. Tmbah lagi Takaful ada unsur Mudharabah(Profit sharing),korang contribute la skit duit tu,Takaful uruskan wat investment,untung korang gak dpt(tak silap aku Takaful Malaysia nyer Mudharabah 70:30,korang dpt 70,dorang amik 30 jer...ok la tu)Leh wat fund tuk pendidikan anak2,tau2 la kos blajar skang dah mahal...at least ada takaful ni,yg tuk child education ni terjamin gak masa depan anak2 nanti.

3.Harta benda korang cam Rumah ngan kereta...something happen,kereta accident/kena curik ke,rumah terbakar ke..mau menonong korang nak repair balik yg rosak2 tu. Ada takaful lega hati,kereta yg hilang boleh diganti balik(indemnity basis=to recover losses back to the situation as if it never happened)or bayar pampasan(bleh beli keter baru...tak pun renovate umah balik).Cube lau takde,camner korang nak setel masalah ni?pinjam ahlong arr?

Oklah dah jauh merapu aku menulis nih. Aku punyer keje pun lum siap lagi ni sok ada presentation. Maka lau korang ada sebarang persoalan,bolehla pm aku,insyaAllah lau aku leh jawab aku jawab,lau takleh jawab aku refer kat org yg lebih arif and aku akan jawab balik kat korang...

Sekian,Wsalam......

2 comments:

MiSz An said...

ahaha... very good content la kawan. Sangat berguna kalau dibaca sebelum exam kat fstep dulu! hoohohoho..

Opss..tak rajin pun nak nulih blog tu, banyak ngarut je nanti! ahaha...

by the way, thanks for the drop-by!ahaha..till meet again k

izzaty said...

thnx 4 da infomation..

sgt2 bharge.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...