Pages

Friday, January 7, 2011

Kisah Si Biasa Yang Biasa

Pada satu hari yang biasa di kampung yang biasa di dalam rumah yang biasa, tinggal seorang lelaki yang biasa. Nama dia Ali, pun biasa2 saja. Ali mempunyai seorang isteri yang biasa2,serta 2 org anak yang biasa2 jugak. Cam biasa, biasa je, x biasa, tu la antara ayat2 biasa yg kerap dituturkan Ali yang sememangnye biasa, tak huduh, x kacak...biasa2 je.

Sebagai seorang penduduk kampung yang biasa, Ali cuma bekerja biasa-biasa je. Tak ada yang luar biasa apa2 pun tentang Ali ni,semua biasa-biasa je. Kehidupan beliau juga biasa-biasa je. Beliau kurang selesa melakukan perkara luar biasa atau yang tak biasa ni, biar yang biasa-biasa sudah lah.

Satu hari, Tok Ketua telah mengumpulkan seluruh warga kampung yang biasa itu dan mengadakan satu mesyuarat tergempar di kampung beliau. Ini adalah kerana berlakunya kejadian pecah rumah yang semakin kerap berlaku di dalam kampung itu. Pada beliau ini adalah amat luar biasa sekali sebab biasa la, dulu2 mane penah biasa2 jadi kes macam ni,jadi beliau amat tidak biasa dengan situasi sebegini. Ketua kampung telah meminta cadangan daripada penduduk2 kampung untuk membanteras kejadian ini daripada berulang lagi. Ali cam biasa2 la, duduk diam je dengar org lain bg idea, cam biasa....xde luar biasa pun. Abis mesyuarat, cam biasa smer pun mee eating beramai2,cam biasa, dan pulang ke rumah masing2,ataupun lepak kat warung Che' Din, cam biasa-biasa...

Dalam perjalanan pulang, Ali terdengar bunyi yang kurang biasa didengar. Makin lama makin kuat, Ali dah jd gelabah,sebab tak biasa dengan bunyi2 yang luar biasa begitu. Antukah?Rimaukah? macam2 dah main kat benak Ali.Ditambah dengan gelap malam yang cuma ditemani lampu-lampu jalan yang malam tu agak tak bape nak biasa sebab kelip2 plak, ada2 je x macam biasa, membuatkan Ali semakin resah. Dia tak biasa ngan keadaan camni, dia tak tau camne nak handle situasi tak biasa nih.

Ali skodeng. Rupa2nya ada awek cun kena kaco same geng2 jahat kat kampung. Awek tu nmpk Ali. Dia pun rayu mintak tolong kat Ali. Ali plak,dia org biasa2 je,dan tak mungkin dia dapat berlagak menjadi hero yg luar biasa.Maka cam org biasa yang lain2, Ali pun pulang ke rumah beliau begitu saje dan tdo cam biasa. Sekian...

2 comments:

Anonymous said...

simple tapi menarik.. hahaha.. suka! suka!

Hydolarc said...

masey maseyyy...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...