Pages

Sunday, September 30, 2007

Defense Mechanism

As'kum,

aku hari ni aku sajer2 usha2 web member2 aku,and aku terlintas sama benda ni.Rather interesting, tentang defense mechanism,tribut eto my friend Farhan a.k.a Along yg kini berada jauh nun kat Ireland...hahaha..

Apa dia defence mechanism nih?

Sbg intro, idea ni dikeluarkan oleh sorg pakar psychoanalysis zaman dlu - Freud. Die claimed yg personality kite ini ade 3 komponen :

1. id (lebih krg mcm nafsu) - selalu mendorong ke arah benda tak elok, lagha, lebih kpd kepuasan & keinginan seseorg (self-centered)..

2. superego (mcm akal) - selalu mengajak kpd nilai2 murni, morality, rasional, dan sentiasa mengambil kira keadaan sekeliling & masyarakat. Basically bertentangan dgn "id"

3. ego - mediates "id" dan "superego". Lebih krg mcm nk balance la antara kedua2 tu. Org tgh antara "id" dan "superego".

.

So, "id" dan "superego" akan sentiasa berkonflik sesama sendiri dlm apa jua keadaan, kecuali kalo secara kebetulan "id" bermatlamat same dgn "superego", i.e. keinginan yg tak bercanggah dgn agama, moral, pandgn masyarakat, peraturan dsb. Contoh konflik yg timbul antara "id" dan "superego" ialah bila (katalah, Ali) lalu kat satu kedai aiskrim & dia kempunan nk mkn aiskrim, tp duit tarak. "id" ckp "curi je la", "superego" ckp "tak elok mencuri". Konflik ini membuatkan Ali gelisah sbb die kempunan sgt nk mkn aiskrim, tp die tau curi tu x baik. So mase inilah "ego" main peranan utk mengurangkan konflik yg berlaku. Lps tu barulah Ali dpt tgglkan kedai aiskrim tu dgn hati yg lebih aman (sbb ego dh main peranan). Ade byk lg jenis konflik lain selain drp cth tu. Biasanya "ego" ni akn menangkan "superego", tp kdg2 die kasi "id" menang jugak. Mcm mana cara ego krgkan konflik? Saksikanlah cara2 ego menangani mslh ini :

.

1. Denial

-Berlaku bile sesorg x dpt menerima hakikat, ade konflik antara "benda ni x berlaku" (didorong oleh id) & "benda ni mmg berlaku" (didorong oleh superego). Berlaku krn kenyataan yg terlalu pahit utk diterima, cth kematian anak dll. Mechanismnye ialah, ego cipta 1 barrier between diri & sekeliling, iaitu "menafikan kebenaran yg pahit tu bulat2". Seorg ibu yg mati anak sbb accident yg sdg berada dlm "denial mode" akn sentiasa anggap anknye tu "masih hidup", so bile org ucapkan takziah kat die pun die masih ckp "Takziah utk apa? Anak aku masih hidupla, tu ade kat bilik tu...". Utk kes yg lg teruk, suami yg kematian isteri refused utk kuburkan mayat isterinya tu, sebaliknya simpan & awet dlm bilik, mandikan setiap hari, pakaikan baju, berborak2 dgn mayat isteri (padahal ckp sorg2). Ataupun contoh pesakit kronik yg diberitahu dpt hidup x lama lg (beberapa minggu). Pesakit (dlm denial mode) akn menafikan kenyataan itu & buat2 mcm dia sihat mcm biasa - nk smbg kerja lps kuar hospital, rancang nk pegi bercuti kt america thn dpan dsb. Most of the time, denial ni tak brapa elok utk diamalkan, & org yg dlm denial mode ni hendaklah kita bantu utk die slowly deactivates denial mode tu.

2. Repression/supression

Ini khas utk pengalaman pahit yg lps (trauma). Disebabkan kalo igt balik pengalaman tu akn menyebabkan seseorg tu tertekan, histeria dsb, maka memory tu akn "unconciously forced from conciousness", meaning that memori itu akn ditarik dr "minda sedar (concious mind)" & dimasukkan ke dlm "minda bwh sedar" (subconcious mind), seolah2 mcm org tu dh lupa completely pengalaman itu. Manakala "supression" pula ialah usaha utk buat benda yg sama, tp "conciously driven" (dibuat dlm keadaan sedar). Subconcious mind adalah tmpt pembuangan idea2, pengalaman & apa2 perkara yg tak diterima & direject, semuanya simpan kt cni. Slh satu cara utk access tmpt ni ialah melalui mimpi - di mana slalunya perkara yg tak masuk akal & tah hapa2 tah (mmg x buleh blah), tp benda2 tu sumenye ada dlm subconcious mind.

3. Psychological projection

"Ko yg nk A, tp ko ckp kt dpan org B yg nk A, di mana B itu ialah org lain dan A tu bole jd apa2 saje - brg, org, impian, malamat" Lebih krg mcm tu la. Cth yg best ialah bila ada sorg laki tu minat kt sorg minah ni, tp disebabkan tak brani lgsung utk bgtau org lain & minah tu, die pun ckp la member die minat minah tu (kt dpan org - slalunya dgn gurauan).

4. Reaction formation

"Ko suka 1 perkara (yg bercanggah dgn agama, undang2 dll), tp instead ko buat perkara tu, ko "condemn, critic & cuba membenci perkara tu". Cth, pornography. Mmg ramai yg suka pornography ni, tp slh satu cara utk tak melakukannya ialah dgn mengcondemn, cuba membenci, anggap perbuatan tu jijik & nasihat org lain agar jgn buat perkara tu. (PERHATIAN ! Ini bkn hipokrit ye...)

5. Rationalization

Haa.. yg ni mmg slalu aku buat & amalkan. Bila sesuatu yg tak diingini berlaku, ko cuba mencari expalanation yg logik (yg ko boleh terima) supaya hati ko lebih lega menerimanya. Yg ni berbeza drp "denial" td di mana "rationalization" ni "menerima kenyataan bahawa sesuatu yg tdk diingini itu sudah berlaku". Dgn adanya penjelasan2 yg dianggap logik (& dpt diterima) ni maka barulah kegelisahan dlm hati dpt dikrgkan. Cth, bila kita jln2, tiba2 nmpk 1 member. So kita pun tegurlah. Tp die buat dek je, dh pggl 3 kali pun die x bls, pastu blah mcm tu je. Mesti hati rasa bengang, gelisah, tak puas hati kan? Utk mengurangkan atau hapuskan perasaan2 demikian, maka buatlah rationalization - explanation2 yg buleh dipakai ialah "Mgkin die tgh ade mslh tu", "Mgkin die tgh fikir psl benda lain tu", "Mgkin die igt aku pggl org lain". Sume explanation tu sedikit sbyk dpt menenangkan hati, rather than "Die benci aku", "Die mmg sengaja buat mcm tu", "Die dh malas nk layan aku". Another cth ialah bile 1 student tu gagal dlm periksa, die pun ckp "Ala.. lecturer aku tu kedekut markah, mmg ramai student dah di'fail'kan oleh die".

6. Sublimation

Sublimation ialah menyalurkan 'tenaga dalaman' drp perkara yg x menguntungkan kpd perbuatan yg dibenarkan. Cth yg sng ialah sorg student yg terlampau risau akn xm yg akn dtg. Instead of terus gelisah+bimbang+tertekan, die pun 'salurkan' tenaga & masanya tu utk study & prepare.

7. Conversion

Yg ni adalah khas utk menangani kemarahan. Bila bengang ngan seseorg, instead of marah2, tengking2 & pukul2 die, energy utk buat perkara2 tu (marah+tengking+pukul) ditukarkan kpd energy utk sepak pintu, tumbuk bantal, lempar batu, patahkan kayu. Dgn cara ni kemarahan pun dptlah diredakan @ dikrgkan... Mcm sama ngan "sublimation", cumanya yg ni specific kpd kemarahan & cara lpskannya ialah dgn kekerasan.

Ni semua yg dikemukakan oleh Freud. Tp aku ada nk tambah 1 lg kaedah krgkan konflik, yg aku slalu amalkan jugak, iaitu :

8. Imagination

Hanya utk perkara2 yg tak mampu atau tak dibenarkan utk dibuat. Cth - minum arak, clubbing, hisap rokok, mkn makanan yg x halal (tp nmpk sedap nyam2), org yg buta nk tgk matahari, org xde kaki tp nk berlari. Ataupun mcm cth "Ali nk mkn aiskrim (yg td tu)". So ape yg kite buat ialah kita "bayangkan" seolah2 kita sdg buat perkara itu sdgkan dlm realitinye tdk. Imagination yg best ialah dgn bayangkan bahawa kite bleh buat sume perkara tu kat syurga nnt. Imaginelah kite tgh buat perkara2 tu kt syurga, alangkah indahnya !(cewah). So dgn imagination sebegini sedikit sbyk dpt elakkan kite drp buat benda2 yg dilarang. Ini lebih krg mcm angan2, dgn tujuan utk gembirakan hati & pleasure utk diri sendiri. Kalo byk sgt angan2 x elok jugak. Dan kite perlu igt ade limit jugak utk berimaginasi ni, dgn kata lain, KITA TIDAK BOLEH BERANGAN-ANGAN JADI TUHAN atau APA-APA YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA SYIRIK & TERKELUAR DARI AGAMA.

.

Secara kesimpulan, defense mechanism ini mmg wujud dlm diri kita & matlamatnya ialah utk krgkan konflik dlm diri & melindungi diri dan perasaan. Kite perlu bijak mengawal dan memilih jln yg terbaik utk tdk terdorong kpd perkara yg tak elok (yg disarankan oleh "id"/nafsu), dan mendekatkan diri kpd "superego"(akal). Actually aku yakin bahawa sbnrnya ade jugak pakar psikologi Islam yg kluarkan teori2 mcm ni, tp takpe kite amikla ape yg baik saje k.

.

Sekian, wasalam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...