Pages

Sunday, September 30, 2007

Who are we anyway?

OK skarang ni tibalah masanya utk aku cerite skit psl isu2 yg serius. takdelah serius sgt tp elok jugak utk kite renung2kan.

Dewasa ini (cewaah) byk kali jugak kite dgr psl hal ni. Antara kata-kata yg biasa kita dgr ialah :"jadilah diri sendiri", "inilah diri aku yg sebenarnya", "jgn jd org lain" dsb. kata2 sebegini membuatkan aku terfikir2 ape sbnrnye maksud diri yg sebenar? Biasanya org fikir "org yg menjadi diri sendiri" ialah seseorg yg terus melakukan perkara2 yg mmg kebiasaannya dilakukan & berperangai seperti perangai yg dia selalu buat.

Kdg2 aku tertanya2, apa sbnrnye yg membuatkan seseorg itu ialah "diri dia yg sebenar"? Sbb kdg2 bile kite ade sorg member yg cool, relax, tenang, suka buat lawak, bila 1 hari die tiba2 mengamuk, marah2 & jd tak cool, pastu nnt ade org yg ckp "tu la diri die yg sebenar, selama ni die tak tunjuk je". Ataupun ade satu situasi lain di mana ade sorg perempuan yg baik, tutup aurat, jaga kehormatan, bila bergaul dgn perempuan yg "gitu-gitu" (i.e. slalu gi clubbing, hisap rokok, bergaul bebas, seksi, benci psl agama) & terpengaruh dgn diorg + join diorg buat perkara2 tak elok tu, die pun ckp "inilah diri aku yg sebenarnya, aku dah letih cuba utk menjadi org lain selama ni". Another situation is, sorg laki yg ugut laki lain supaya jgn buat die marah :"Ko jgn main-main dgn aku, aku belum tunjuk diri aku yg sebenarnya..." Drp situasi2 di atas spt disimpulkan ramai org yg keliru tentang "diri yg sebenar" termasuk empunya badan sendiri. setgh org kata "tu bukan diri dia yg sebenar" whereas org lain bole jugak kata "tulah diri dia yg sebenar", tapi empunya badan bole jugak kata "inilah diri aku" atau sebaliknya. So the question is, what makes people decide whether it is one's trueself or not? And what makes an individual say that it is his/her trueself or not?

Sesetgh org merasakan "diri yg sebenar" merujuk kpd "keinginan dlm diri", tak semestinya apa yg dizahirkan pd perbuatan, cthnya org yg biasanya mmg tak minum arak, tp dlm hati die sbnrnya suka @ nk try minum arak, maka itulah diri die yg sebenar - seorg yg suka minum arak. Cth yg lg best ialah perempuan yg tutup aurat tp dlm hati die tak suka pakai tudung & suka free hair mcm 'perempuan2 lain', maka itulah diri die yg sebenar. Hmm.. Kalo mcm tu kebiasaannya perempuan mcm tu bukan diri die ke? i.e. perempuan yg menutup aurat = bukan diri die yg sebenar ke (walaupun biasanye mmg diorg tutup aurat)? Nmpak complicated kan?

So far kite boleh conclude that there are 2 assumptions on this matter. Diri yg sebenar ialah:

1. Kebiasaan (habit)

Segala-gala habit yg biasa ko buat, setiap masa, setiap tempat... Apa yg biasanya org nampak ko buat - baik, suka ketawa, ceria, nakal, suka makan coklat, tak suka main batu sremban, selalu buli org, selalu menyanyi dlm tandas dll.

2. Keinginan dalaman (desire)

Kalo biasanya ko baik dgn pompuan & sentiasa menjauhi maksiat dgn pompuan, tp tiba2 satu hari tu ko jln sorg2 kat satu lorong and ternampak 1 gadis yg ko mmg minat tp tak penah ckp kat die, and die berseorangan. And then tiba2 nafsu bergelojak and terjadilah 1 kes rogol disebabkan tak tahan sgt. Maka perbuatan & keinginan itulah yg menjadikan diri ko "diri yg sebenar", i.e. seorg yg gile seks !

So ape citer? Kebiasaan ke keinginan? Utk menjwb persoalan ini perlu kite ketahui bahawa adakah kebiasaan & keinginan itu tak berubah & constant sepanjang masa? Adakah dia same je sejak dr dulu & akan dtg? OK biar aku bg contoh: Katalah si A ni mase kecik2 dulu rajin buat kerja skolah, tp bile form 3 malas gile nk buat kerja skola. Analysis :

1. Mase kecik dlu kebiasaannya rajin buat kerja skolah

2. Dah besar kebiasaannya malas buat kerja skolah

So mane 1 diri die yg sebenar? adakah mase dah besar tu die tidak menjadi 'diri dia sendiri' atau itulah diri die yg sebenar? Ini menunjukkan kebiasaan itu boleh berubah dr semasa ke semasa and thus, begitu juga dgn 'diri yg sebenar'.

Kalo dr sudut keinginan pula, si B ni mase kecik2 dulu bercita2 nk jadi org yg mahir dlm ilmu agama, tp bile dah form 3 nk jd org yg menjauhi agama @ sekular. Tak perlu lg buat analysis sbb die same je mcm kat atas. Mane 1 diri die? Oleh kerana keinginan pun boleh berubah, maka 'diri yg sebenar' mengikut tafsiran ke-2 pun boleh.

Bile korg baca ni mesti tertanya-tanya kan ape motif penulis ni (aku le) sebenarnya kan? Actually sbb ada beberapa jenis org yg wujud kat dunia ni:

1. Seorang kawan berkata kat kawannya :"Kalo ko tak suka dgn perangai aku maknanya ko tak terima aku seadanya..."

2. Seseorang yg berkata :"Aku nk menjadi diri sendiri, tak nak jadi org lain..."

3. Seseorang yg berkata :"Aku sdg berusaha utk tidak menjadi diri sendiri..."

Sebenarnya sumenye nampak ok je (1,2 dan 3). Tapi yg tak OKnye bile menyentuh bab2 agama. Meh kite tgk satu persatu:

1. "Kalo tak suka perangai aku maknanya tak terima aku seadanya". Kalau perangai yg tak bercanggah dgn syariat takpe, tp masalahnya kalau yg bertentangan tu. Maksud aku kalau perangai yg dimaksudkan tu ialah suka menyanyi, suka pakai baju warna biru, selalu buat lawak, selalu makan pisang tu sume takpe, tp yg jd masalahnye kalau perangai yg dimaksudkan itu ialah tak sembahyang, suka mengumpat, tak tutup aurat, tak puasa & apa2 yg sewaktu dgnnya. Tu yg tak boleh. And dlm situasi ni si empunya badan claim yg perbuatan2 tu sume ialah 'diri dia'. So kalau tak boleh terima die buat sume tu maksudnya tak menerima 'diri dia'. OK 1stly, katakanlah perangai yg dimaksudkan itu ialah "merokok". Di mana kalau tak suka dia merokok maknanya tak terima dia seadanya. Dari mana die dpt habit merokok tu? sejak dr kecil ke? Ke baru start merokok? Ataupun buat-buat suka merokok sbb nk nampak 'ada gaya' @ ikut member? Kalau baru je start merokok camne plak die bole ckp tu adalah diri die yg sebenar? Kalau merokok sbb ikut kawan tu dah mmg terang-terangan bukan habit die, cuma die berkeinginan utk merokok. Sejak bile die mula berkeinginan utk merokok? Sejak tahun lepas? Sejak sekolah rendah? Sejak tadika? Ke sejak lahir? Katalah kalau die berkeinginan utk merokok tu start dari darjah 4. So kalau sebelum darjah 4 tu, die tak berkeinginan utk merokok tu bukan 'diri dia' ke? kenapa lps darjah 4 smpai sekarang die ckp tu barulah 'diri die'? Tak kira kalau ikut mana2 definition same ada 'kebiasaan' atau 'keinginan', nampaknya seolah-olah takde satu sempadan masa yg mengatakan "dari jangka masa sekian sekian sampai sekian sekian itu adalah diri yang sebenar" Macam mana dgn bayi yg baru lahir? adakah kelakuannya yg suka menangis & kencing bertabur tu ialah diri dia? Tp bila dah besar mesti tak mengaku kan? Maksudnya 'diri yg sebenar' boleh berubah mengikut masa dan boleh dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. Kite menjadi diri kite yg sekarang ini tak lain adalah kerana dipengaruhi keadaan sekeliling sejak dr lahir sampailah skrg. Setuju tak?

Jadi apa yg aku ingin tekankan kat sini ialah kita bebas utk berubah menjadi diri yg lebih baik dr semasa ke semasa, tak kira kalau ade org kata kite ni sbnrnya tak menjadi diri sendiri atau hipokrit. Org yg ckp mcm yg kat atas tu sbnrnya salah satu alasan utk diorg tak berubah drpd buruk kpd baik. Mcm seolah2 perbuatan tak elok yg diorg claim sbg 'diri sendiri' tu kekal & takkan berubah sampai bila2. Seolah-olah kalau betul dah berubah nnt dia akan rasa yg die tak menjadi diri dia sendiri. Itu tak betul, sbb 'diri sendiri' boleh berubah, semuanya bergantung pada niat & keinginan masing2. Ingat, diri kite yg sekarang adalah tidak sama dgn yg dulu dan yg akan datang, kerana pengalaman & keadaan sekeliling akan sentiasa mempengaruhi kite, dan kita sentiasa ada pilihan sama ada nak terpengaruh dgn kebaikan, keburukan atau kekalkan diri yg sedia ada...

Wallahu'alam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...