Pages

Sunday, May 11, 2008

Tora datang lagi~~!!

Assalamualaikum,

Mula-mula skali nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak2 yg ada di seluruh dunia(tolak maknyah).Secondly,nak mintak maaf banyak2 sbb dah lame tak update blog ni. Bukan tanak update,tapi biasanye takde benda sangat nak cerita pun(alasan jer tu,actually penyakit mimlamsin kuat sangat).Tapi aku akan pastikan la blog ni sentiasa akan diisi la pade lain kali(itu pun lau ada bahan).

Ok,smalam(Sabtu 10/05) kami warga2 FSTEP kelas A3 telah menjalankan activity berkhemah,kat mane? ala...sepang (kem ecopark Bukit Nur Unggul)jer..hahaha..jadi la gak kann. Aktiviti ini telah disukseskan oleh Cik Huda same Abg Ewan Abot sebagai Yg Dipertua.Kami tibe di kawasan perkhemahan eco-park tersebut pade pukul 10:30 pagi.Aktiviti pertame,pasang khemah la kan...muahahaha.Selain kitorang,terdapat juge kanak2 ribena riang berdarjah 5 & 6 dari skolah rendah mane aku tak tau,yg aku ingat Gombak kot,geng2 Toyota dan juga abang2 bombe melakukan aktiviti bersame kat kem nih.Ktorang mulakan same upacara pertame,iaitu obstacle run,di mane aku ngelat skit disebabkan masalah fizikal huhuhu(series tak tipu....).

Dan macam kem2 yg lain, standard mesti ada flying fox punyer. Aku dah la gayat giler tinggi,tp nak tunjuk macho la konon,terbang la gak..muahahaha,adehhhh,awal2 jer gayat,bile dah start terbang tu mula la nak 2nd round lagi,seb baik penjaga flying fox tu merupakan seorg abg yg agak ,make aku pun malas arr nak main lagi.Pelbagai gaye ditunjukkan oleh rakan2 kami termasukla gaye keluang(kaki atas kepala bawah),gaye superman dan juga gaya ketam terbang atau lebih dikenali dgn nama Gamera(terbang mengiring/pusing2).

Ade lagi aktiviti lain,paintball pun ada gak dgn tambahan RM 45(ok la tu,kalau kat luar biasa mau RM 80++,tp ktorang tak main,sbb x ramai nak main) disertai babi beratur atau BBQ pada waktu malam. Malam itu, bg aku byk yg aku blajar dari member2 aku,rahsia hidup,suka duka waktu kami beramai2 bercerita pada malam itu. Aku terfikir byk perkara mendengar kisah hidup rakan2 aku dimana semua cerita telah ditanam dan dibakar pada malam tersebut,jd tak payah la aku nak citerkan utk menghormati semua pihak. Dalam cerita2 tersebut, wat aku berasa bersyukur yg aku ni hidup serba sempurna dengan keluarga yg bahagia,mengetahui lebih byk ttg diri aku yg aku sendiri tak nmpk. InsyaAllah aku akan cuba ubah skit pangai aku nih jd org yg lebih sempurna dari semalam.

Dan mcm biasa lau duduk camping area hutan ni,tak sah la kan kalau tak dilawat oleh mereka2 yg sememangnye penghuni tetap hutan tersebut. ceritanya..kite sambung part 2..dah lenguh tgn ni...sebabnyer pun masuk dlm part 2...skian mecihh......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...