Pages

Monday, August 3, 2009

28,000 died????

Salam...

Macam tajuk di atas,berita sepenuhnyer..

Hingga 28,000 di M'sia mungkin mati akibat H1N1
Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.

"Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Dr David KL Quek memetik unjuran yang dibuat pengarah penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tee Ah Sian dalam satu mesyuarat pasukan kebangsaan petugas khas menangani wabak itu, pada awal minggu ini.

Dalam perkembangan terkini, kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 kepada 0.66 peratus.

Dr Quek mendedahkan maklumat itu dalam artikelnya "Flu measures: Confusion rather than non-compliance" yang diedarkan kepada beberapa media semalam. [Baca artikel penuh]

Berita Penuh di sini :: http://malaysiakini.com/news/109727

Huu..skang ni kat sini jer dah 6 orang dah mati....uih cuak gak...mb aku should consider pakai topeng ke tmpt kerja? topeng mcm ni,cara tak?



or yang ni...



susah2 pun yg ni jerr...

1 comment:

Anish said...

mak aiii..ni mask untuk ape nih dak hyde hohohohoh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...